Bacaan Al Quran

Khamis, 30 Disember 2010

DAPATKAN TEKS TERJEMAHAN KELASIK MODEN

al Iqna : 2 jilid, 1300 muka surat. Harga 150 rm termasuk penghantaran. Dapatkan teks terjemahan kelasik moden yang lain dari kami. Sebahagian besar daripada terjemahan-terjemahan dibawah program terjuemahan kelasik moden ini telah dicetak secara kecil-kecilan termasuk terjemahan al Iqna’. Sila lihat artikel terjemahan kelasik moden untuk tajuk-tajuk terjemahan.

Untuk pesanan kitab dan maklumat lanjut sila hubungi saya Azman M.D
010 5445510.

Rabu, 17 Februari 2010

kenali pondok madrasah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

PEMELIHARAAN KHAZANAH WARISAN
INTELEK

MADRASAH BANDAR DAMAI - 1

Kenali Pondok Madrasah


Sistem pengajian pondok adalah warisan intelek yang kita warisi dari cerdik pandai kita yang silam. Ianya warisan yang masih hidup beroperasi sehingga kini, walaupun pengaruhnya tidak sekuat dizaman keagongannya. Sekarang ini masyarakat Islam mula menunjukkan minat kepada sistem pengajian ini setelah melihat sistem pengajian yang semasa tidak dapat memenuhi beberapa kriteria ilmiah yang penting yang mereka inginkan. Walaubagaimanapun lebih ramai yang melayan pondok dan tokohnya sebagai artifak sejarah. Mereka lebih minat mengkaji pondok dari sudut sejarah, bukannya untuk membangunkan institusi pengajian yang berasaskan pondok.Tok guru-tok guru pondok dimasyhurkan setelah mereka meninggal dunia, sementara masih ramai tok guru yang sedang berkhidmat.

Ramai orang yang berminat dengan sistem pengajian pondok tetapi tidak ramai yang mengenalinya dengan betul. Apa yang mereka lihat adalah pondok-pondok kecil, surau dan pelajar yang rata-ratanya memakai sarung, baju melayu atau berjubah dan berserban. Aktiviti yang berjalan padanya tidak benar-benar kelihatan bagi mereka dan tidak mereka rasakan, malah ramai pelajar pondok sendiri tidak menyedari nilai-nilai pondok yang mereka alami.

pendidikkan yang kita lalui

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

PEMELIHARAAN KHAZANAH
WARISAN INTELEK

MADRASAH BANDAR DAMAI - 11

Pendidikkan Yang Kita Lalui

Sepintas lalu tentang pelan pengajian yang kita lalui, mengikut pemerhatian saya dan bukannya kajian mendalam.

Iman Islam dan Ihsan adalah tiga cabangan kehidupan berugama. Begitu juga ilmu yang membincangkannya, usuluddin, fekah dan tasawwuf. Ilmu sains dan teknologi datang kemudian. Sifat ilmu ini adalah nutral, maka cara dan falsafah pengajiannya mempengaruhi nilai moral ilmu ini, sains yang satu dipelajari dan diamalkan oleh komunis sepertimana ia dipelajari dan diamalkan oleh kapitalis, begitu juga Islamis.

Mempelajari sains tabi'e ini dihukumkan fardhu kifayah berdasarkan keperluan ummah dan tuntutan semasa. Orang Islam dituntut mempelajari ilmu ini selepas selesai dengan ilmu fardhu 'ain. Tuntutan berstatus fardhu itu cukup membayangkan bagaimana pentingnya ilmu ini kepada umat Islam, walaupun hanya sebahagian orang Islam yang kena mempelajarinya.